Thursday, 7 March 2013

Teringat suatu ketika tatkala sayap fikiranku terbang jauh nun di sana....

Ya Allah, alangkah bahagianya andai jodohku dengan si dia...Tenang sekali wajahnya, halus tutur katanya, manis senyumanya, terpancar cahaya keimanan di wajahnya nan suci, aurat begitu dijaga, masya Allah inilah wanita idaman setiap lelaki. Ketika kakiku menginjak di gedung ilmu aras empat, dia menyapaku, aku terpaku dan terbata, hanya senyuman dapat ku berikan kepadanya...Hilang kata-kataku saat itu..Ajaib benar CINTA..Biarkanlah cintaku bertasbih kepadanya terlebih dahulu...Akan ku persiapkan diriku bagi menghadapi badai kehidupan nanti, kerana ku sedar diriku kini begitu kerdil, tiada terisi dengan makrifat ilmu hakiki...Aku masih punya banyak khilaf yang perlu dibaiki..Teringat janji Allah, "Perempuan baik hanya untuk lelaki yang baik". Persoalanya sekarang, cukup baikkah aku untuk menawan kalbu si Dia yang solehah itu???Tiada jawapan yang lebih benar melainkan "tak cukup baik, kau masih jahat dan banyak dosa si Taufik, lupakan saja niatmu itu selagi ketaqwaan sebenar tidak kau gapai"~getus hati nurani menjawab persoalan jiwa kalut si Taufik~... 

Wednesday, 6 March 2013

Video yang memberikan motivasi kepada diri ana...

Jangan berputus asa. Berjuanglah dan berusahalah sebaik-baik dalam hidup. Pepatah Melayu ada meyatakan, genggam bara api biar sampai jadi arang. Video ini memberi contoh terbaik betapa walau sakit dan perit sekalipun dalam perjalanan menempuh 'trek kehidupan', jangan mudah mengaku kalah. Yang penting dalam hidup buat kerja sampai habis. jangan sekerat jalan sahaja. Alang- alang mandi biar basah. Menang atau kalah lain cerita. Semoga dapat iktibar dan sedikit motivasi daripada video yang tak seberapa ini. Sekian. =)

MISRA 2008 (form 5)


Lepas SPM 2008

Gambar tahun 2009

Gambar ketika kecil I

Gambar ketika kecil II

Permulaan sebuah catatan panjang kehidupanku........06022013 / SELASA

Assalamualaikum kepada semua hamba Allah yang sudi membaca catatan yang tidak seberapa ini. Malam ini lebih kurang jam 0030, terdetik di hati ingin membuat satu blog yang membolehkan insan kerdil ini berkongsi seberapa banyak perkara yang telah ana hadapi sepanjang kehidupan. Tidak lupa juga perkongsian pengalaman yang bakal dikutip di sepanjang jalan-jalan kehidupan yang penuh berliku. Harapan di hati adalah ingin mencapai bintang di langit, tapi apakan daya , usaha hanya secubit manakan mungkin dapat.

   Besar sekali impian ana bagi meneruskan secara istiqamah menghidupkan blog ini agar tidak terkubur di tengah jalan. Ana memasang impian ingin mencantas dan  membuang terus jauh-jauh sifat hangat-hangat tahi ayam yang selama ini menyelimuti jiwa ini yang ketiduran sejak sekian lama. Sesungguhnya segala mimpi indah selama ini tidak kan mungkin menjadi realiti jika tiada usaha berganda. Ikutlah resmi padi, tunduk kala berisi. Jangan menjadi seperti ayam bertelur tapi heboh sekampung. Ana rasa setakat ini saja buat kali ini sebagai mukaddimah. Akhirul kalam, semoga Allah memberikan ilham dan hidayah kepada diri hina ini. Semoga impian untuk memiliki buah kalam yang terbilang dan menjadi insan berguna buat orang lain menjadi realiti suatu masa nanti..Wassalam...