Wednesday, 6 March 2013

Permulaan sebuah catatan panjang kehidupanku........06022013 / SELASA

Assalamualaikum kepada semua hamba Allah yang sudi membaca catatan yang tidak seberapa ini. Malam ini lebih kurang jam 0030, terdetik di hati ingin membuat satu blog yang membolehkan insan kerdil ini berkongsi seberapa banyak perkara yang telah ana hadapi sepanjang kehidupan. Tidak lupa juga perkongsian pengalaman yang bakal dikutip di sepanjang jalan-jalan kehidupan yang penuh berliku. Harapan di hati adalah ingin mencapai bintang di langit, tapi apakan daya , usaha hanya secubit manakan mungkin dapat.

   Besar sekali impian ana bagi meneruskan secara istiqamah menghidupkan blog ini agar tidak terkubur di tengah jalan. Ana memasang impian ingin mencantas dan  membuang terus jauh-jauh sifat hangat-hangat tahi ayam yang selama ini menyelimuti jiwa ini yang ketiduran sejak sekian lama. Sesungguhnya segala mimpi indah selama ini tidak kan mungkin menjadi realiti jika tiada usaha berganda. Ikutlah resmi padi, tunduk kala berisi. Jangan menjadi seperti ayam bertelur tapi heboh sekampung. Ana rasa setakat ini saja buat kali ini sebagai mukaddimah. Akhirul kalam, semoga Allah memberikan ilham dan hidayah kepada diri hina ini. Semoga impian untuk memiliki buah kalam yang terbilang dan menjadi insan berguna buat orang lain menjadi realiti suatu masa nanti..Wassalam...

     

1 comment:

  1. Assalamualaikum..
    alhamdulillah.. tercapai juga hasrat untuk berkongsi setiap makna hidup yg semakin jauh ditempuhi..

    permulaan yg baik, taufik.. teruskan langkah menggapai impian.. In shaa Allah dipermudahkan..

    p/s:jgn lupa promote pesta ko-k ya..
    maassalam..-Atikah sahabat SERU-

    ReplyDelete